Langkau ke kandungan
Dibina untuk Akta 342, Akta 586 & PDPA 2010

Dari kaunter hingga claim — satu nadi.

NADI ialah sistem maklumat hospital dwibahasa untuk hospital dan klinik swasta di Malaysia: pendaftaran, giliran, konsultasi, wad, farmasi, bil, e-Invois dan claim panel dalam satu aliran — dengan kawalan kewangan dan keselamatan yang dibina sejak hari pertama.

  • Kelulusan orang kedua untuk diskaun melebihi had kuasa juruwang, pembatalan bil dan bayaran yuran doktor
  • Data setiap fasiliti diasingkan di peringkat database
  • Langgan hanya modul yang fasiliti anda perlukan
16
modul
79
skrin
10
peranan
28
jenis laporan
BM/EN
dwibahasa penuh

Demo menggunakan data contoh. Penyepaduan pihak ketiga (LHDN MyInvois, TPA/insurans, HL7) dalam pembangunan.

Satu visit, tujuh denyut

Ikut seorang pesakit dari pintu masuk hingga claim dibayar.

Setiap stesen ialah rekreasi skrin NADI dengan label yang sama seperti dalam aplikasi. Data yang dipaparkan ialah data contoh.

  1. 01/ 07· DAFTAR

    Pendaftaran yang menyemak sebelum anda terlupa

    Wizard empat langkah untuk MyKad, MyKid, MyPR atau pasport (nombor dokumen dimasukkan oleh kakitangan); semakan pendua; alahan wajib direkod; persetujuan PDPA; dan semakan kelayakan panel sebelum visit dibuka.

    Semakan PenduaAlahan · NKDASemakan kelayakan
  2. 02/ 07· GILIRAN

    Giliran yang memanggil dalam dua bahasa

    Papan stesen dengan sasaran masa menunggu, dan skrin TV ruang menunggu yang mengumumkan nombor dalam BM dan EN — inisial pesakit disembunyikan secara default untuk privasi.

    Sedang DipanggilSuara BM + ENSiaran kecemasan
  3. 03/ 07· KONSULTASI

    Satu skrin doktor, dengan Akta 342 di depan mata

    Nota SOAP, diagnosis ICD-10, preskripsi dengan semakan keselamatan ubat, pesanan, MC dan rujukan. Pilih kod penyakit wajib notifikasi dan kiraan detik 24 jam / 7 hari terus muncul.

    Penyakit wajib notifikasi — Akta 342Semakan keselamatan ubatTandatangan & kunci
  4. 04/ 07· MAKMAL

    Keputusan kritikal tidak boleh senyap

    Label spesimen berkod bar dicetak dari pelayar, dan ID spesimen dijejak dari pesanan hingga keputusan dikeluarkan. Nilai kritikal mesti dimaklumkan dan dibaca semula oleh doktor sebelum keputusan boleh disahkan.

    Spesimen DiambilMaklumkan nilai kritikalSasaran ≤ 30 min
  5. 05/ 07· FARMASI

    Dispensing empat langkah, batch FEFO, label dwibahasa

    Semak alahan, interaksi dan dos; pilih batch luput-dahulu dan sahkan nombor batch; cetak label BM / EN / dwibahasa dari pelayar; kaunseling dan serahan dengan dua pengenalan.

    Pilih batch (FEFO)Semakan dua orangLabel ubat dwibahasa
  6. 06/ 07· BIL

    Bil yang tahu siapa membayar apa

    Bahagian payor dan bahagian pesakit dikira berasingan, tujuh kaedah bayaran, resit rasmi, dan aliran e-Invois LHDN MyInvois untuk setiap bil yang layak (penyambung LHDN dalam integrasi).

    Kalkulator pecahanMinta e-Invois individuMuktamadkan
  7. 07/ 07· CLAIM

    Claim diperiksa sebelum dihantar, bukan selepas ditolak

    Semakan peraturan pelan, tempoh, had dan kod MPSN; hantar berkelompok; padankan remitan; dan susuli baki dalam aging receivables.

    Sedia dihantarHantar berkelompokAging Receivables
Keupayaan

Perkara kecil yang menyelamatkan hari yang panjang.

NADI tidak menambah butang — ia menambah pagar. Peraturan klinikal dan kewangan ditulis dengan jelas di dalam aliran kerja, bukan dalam manual yang tiada siapa baca.

Pesakit Luar (OPD)

Semua yang doktor perlukan, pada satu skrin

Nota, ICD-10, preskripsi dengan semakan keselamatan, pesanan, MC dan rujukan. Nota yang ditandatangani dikunci — pembetulan hanya melalui addendum.

Akta 342

Notifikasi penyakit berjangkit, dengan jam yang berdetik

Sebaik doktor memilih kod ICD-10 wajib notifikasi, NADI memaparkan tempoh 24 jam atau 7 hari dan mencipta rekod notifikasi untuk dijejaki.

Papan giliran TV

Ruang menunggu yang tenang

Pengumuman suara BM dan EN, amaran ubat sedia diambil, siaran kod kecemasan — dan inisial pesakit disembunyikan secara default.

Keselamatan klinikal

Langkah keselamatan yang dikuatkuasakan, bukan pilihan

Status tidak bergerak selagi pagar keselamatan belum dilepasi.

PDPA 2010

Nombor KP bertopeng, setiap dedahan bersebab

Pengenal diri disembunyikan di semua skrin. Mendedahkannya memerlukan kebenaran dan sebab, dan setiap dedahan direkod dalam log audit.

Daftar statutori

Rekod yang tidak boleh disunting secara senyap

Daftar racun & psikotropik, daftar kelahiran/kematian, MAR dan lejar kewangan bersifat tambah-sahaja di peringkat database. Log audit berantai dan boleh disahkan.

Maker-checker

Penyedia tidak boleh meluluskan kerja sendiri

Diskaun melebihi had kuasa juruwang, pembatalan bil, kitaran bayaran yuran doktor dan permintaan pembelian memerlukan kelulusan orang kedua.

BM / EN · terang / gelap

Dwibahasa sepenuhnya, dirender di server

Setiap label skrin wujud dalam BM dan EN, togol bila-bila masa. Halaman dirender di server untuk lukisan pertama yang pantas, dalam tema terang atau gelap.

Kitaran hasil

Dari kaunter hadapan hingga wang masuk bank.

Satu aliran kitaran hasil untuk payor TPA, insurans, korporat dan kerajaan — dengan setiap langkah meninggalkan jejak, dan setiap pembetulan melalui dokumen yang betul.

  1. 01

    Kelayakan

    Semak pelan panel semasa pendaftaran, sebelum visit dibuka.

    LayakPerlu GL
  2. 02

    Guarantee Letter

    Mohon GL, top-up dan GL akhir, dengan sejarah versi.

    InitialTop-upFinal
  3. 03

    Claim

    Semakan peraturan: pelan, tempoh, had, MPSN, yuran doktor.

    PLANTEMPOHHADMPSN
  4. 04

    Kelompok

    Hantar berkelompok dan rekod pengakuan payor.

    PortalAPIE-melPos
  5. 05

    Remitan

    Padanan automatik setiap baris; susulan kurang bayar.

    SepadanKurang Bayar
  6. 06

    Aging

    Tempoh umur hutang, DSO, janji bayar dan eskalasi kutipan.

    0–3031–6061–9090+
Jenis payor yang disokong:TPAInsuransKorporatKerajaan
Penyambung LHDN dalam integrasi

Aliran e-Invois LHDN MyInvois

Dibina untuk e-Invois individu dan konsolidasi bulanan, nota kredit dan nota debit, maklumat TIN pembeli, dan penjejakan status validasi LHDN.

IndividuKonsolidasiNota KreditNota Debit
  • Draf dijana
  • Dihantar ke MyInvois
  • Disahkan LHDN
  • Dikongsi dengan pembeli

Jenis ID pembeli: MyKad · Pasport · BRN · MyTentera

  • Melebihi RM10,000 mesti e-Invois individu
  • Pembatalan dalam 72 jam; selepas itu melalui nota kredit

Syif juruwang & penutupan harian

Buka dan tutup syif dengan kiraan denominasi dan penyelesaian terminal kad. Penutupan disahkan oleh Ketua Juruwang yang lain — bukan pemegang laci.

7kaedah bayaran, setiap satu dipetakan ke akaun bank penerima

TunaiKadCekDuitNow QRFPXPindahan bankJomPAY

Kunci tempoh kewangan

Tempoh bulan ditutup pada 23:59:59. Selepas dikunci, pembetulan hanya melalui nota kredit atau debit.

TerbukaDikunciDitutup
  • Diskaun melebihi had & pembatalan bil: maker-checker
  • Kitaran bayaran yuran doktor diluluskan orang kedua
Keselamatan & data

Kawalan yang benar-benar wujud.

Bukan janji dalam brosur — ini kawalan yang dibina ke dalam platform server NADI. Pengarah, CFO dan ketua IT anda boleh menyemak setiap satunya.

Kawalan di bawah dibina dalam server NADI dan ada ujian automatik. Visual = data contoh.

Data peribadi

Satu nombor KP, tiga lapisan perlindungan

Di skrin ia bertopeng. Mendedahkannya perlukan kebenaran dan sebab, dan direkod sebagai DEDAH_PII. Dalam database ia disulitkan AES-256-GCM dengan kunci tersendiri, dan dicari melalui indeks buta tanpa dinyahsulit.

KP, pasport, telefon, alamat & waris disulitkanDedah perlukan kebenaran pii.dedahHad 30 dedahan/min setiap pengguna
Log audit

Setiap baris dirantai kepada baris sebelumnya

Log audit, lejar kewangan dan daftar statutori — 20 jadual kesemuanya — bersifat tambah-sahaja: pencetus database menolak sebarang UPDATE atau DELETE, dan rantaian HMAC boleh disahkan semula.

Pengasingan fasiliti

Fasiliti A tidak dapat melihat Fasiliti B

Setiap permintaan bermula terkunci sehingga fasiliti pengguna ditetapkan. Kesemua 1,039 endpoint API diuji untuk akses tanpa log masuk dan tanpa kebenaran; akses silang fasiliti diuji pada endpoint rekod.

Setiap permintaan bermula terkunciKunci asing komposit (tenant_id, id)Indeks unik ikut fasilitiRekod fasiliti lain tidak dibaca atau diubah
Kawalan akses

10 peranan × 121 kawalan akses

Kebenaran default setiap peranan sistem, ikut modul (bilangan tindakan daripada 7: lihat, cipta, kemas kini, lulus, padam, eksport, cetak). Pentadbir boleh melaras dan mencipta peranan tersuai.

Log masuk

Pengerasan log masuk, dalam angka

Nilai default dalam konfigurasi server; dasar password boleh dilaras setiap fasiliti.

2FA
TOTP + 8 kod pemulihan sekali gunaWajib: Pentadbir, Pengurus, Doktor, Eksekutif Claim — dan semua pengguna dari luar senarai IP dibenarkan
Password
≥ 10 aksara · huruf besar & kecil · simbolLuput 90 hari · 5 password terakhir tidak boleh diguna semula
Sekatan
5 cubaan gagal → disekat 30 minitRalat yang sama untuk ID tidak wujud dan password salah
Sesi
Melahu 15 minit · had mutlak 12 jamSesi dijana semula selepas log masuk dan 2FA
Had kadar
Log masuk 20/min · dedah PII 30/min · eksport 10/minSetiap IP atau pengguna
PDPA 2010

Aliran PDPA, dari kaunter ke Pesuruhjaya

Dibina mengikut kewajipan PDPA 2010 (pindaan 2024) — kawalan, bukan pensijilan.

  1. 01
    PersetujuanNotis & saluran direkod setiap pesakit
  2. 02
    Dedah bersebabDEDAH_PII dengan sebab, dihadkan 30/min
  3. 03
    Semakan DPOLog akses & dedahan disemak Pegawai Perlindungan Data
  4. 04
    Daftar pelanggaranPesuruhjaya ≤ 72 jam · individu + 7 hari (Akta A1727)
  5. 05
    Akses subjekEksport rekod pesakit (s.30), turut diaudit
Terus terang

Apa NADI bukan (lagi)

Lebih baik anda dengar daripada kami sekarang, daripada terkejut kemudian.

  • Belum menghantar terus ke LHDNSEBALIKNYA Aliran e-Invois dan semakan status validasi telah dibina; penyambung LHDN sedang diintegrasi.
  • Tiada antara muka HL7/FHIR, LIS atau PACS lagiSEBALIKNYA Pesanan dan keputusan diurus dalam NADI; antara muka berada dalam pelan pembangunan.
  • Tiada aplikasi mudah alih, portal pesakit atau teleperubatanSEBALIKNYA Aplikasi web untuk kakitangan, pada mana-mana pelayar — desktop, tablet atau telefon.
  • Tiada mod luar talianSEBALIKNYA NADI ialah aplikasi web yang memerlukan sambungan rangkaian.
  • Bukan diagnosis AISEBALIKNYA Peraturan keselamatan klinikal ditulis secara eksplisit dan boleh disemak.
  • Tiada SLA, pensijilan atau rantau hosting yang diterbitkanSEBALIKNYA Perkara ini dibincangkan untuk setiap pelaksanaan.
Modular ikut fasiliti

Langgan hanya yang anda perlukan.

16 modul merentasi perjalanan pesakit. Klinik boleh bermula dengan pesakit luar dan bil; hospital menambah wad, dewan bedah dan claim apabila bersedia.

Pintu hadapan & pesakit luar

  • Pesakit Luar (OPD)Giliran, triaj & konsultasi
  • Saringan KesihatanPakej MCU, stesen & laporanperlukan Pesakit Luar (OPD)
  • Klinik MataOftalmologi & katarakperlukan Pesakit Luar (OPD)

Kecemasan, wad & bilik bedah

  • Kecemasan (ETD)Triaj, resus & pemerhatianperlukan Pesakit Luar (OPD)
  • Wad (IPD)Katil, kemasukan & rekod wadperlukan Pesakit Luar (OPD)
  • Pengurusan KatilPapan hospital, tempahan & pusinganperlukan Wad (IPD)
  • Dewan Bedah (OT)Tempahan, checklist WHO & PACUperlukan Wad (IPD)
  • BersalinBilik bersalin, partogram & kelahiranperlukan Wad (IPD)

Diagnostik, farmasi & terapi

  • Radiologi & MakmalPesanan, spesimen & keputusan
  • FarmasiDispensing, racun & stok ubat
  • FisioterapiRujukan, jadual & sesi terapiperlukan Pesakit Luar (OPD)

Kewangan

  • BillingBil, bayaran & e-Invois
  • Claim & PanelClaim, GL, remitan & agingperlukan Billing

Operasi & pentadbiran

  • Perolehan & StorInventori, PR → PO → terimaan
  • Rekod Perubatan (HIM)Pengekodan, kelengkapan & statutoriperlukan Pesakit Luar (OPD)
  • PengurusanDashboard, laporan & settingteras — sentiasa aktif
Soalan lazim

Soalan yang patut anda tanya.

Jawapan ringkas dan jujur. Ada soalan lain? Tempah taklimat dan tanya kami terus.

Tidak. Demo interaktif menggunakan data contoh yang disimpan dalam pelayar anda sahaja — tiada data pesakit sebenar. Platform server NADI (keselamatan, lejar, pengasingan fasiliti) telah dibina dan diuji; penyambungan skrin kepada API sedang dijalankan.

Aliran e-Invois telah dibina: individu, konsolidasi bulanan, nota kredit dan debit, TIN pembeli dan penjejakan status validasi LHDN. Penyambung LHDN sedang diintegrasi; pengaktifan memerlukan kelayakan LHDN dan sijil digital fasiliti anda.

Aliran kelayakan, GL, claim, penghantaran berkelompok dan padanan remitan dibina dalam NADI. Penghantaran elektronik ke portal payor dan antara muka HL7 untuk makmal/PACS masih dalam pembangunan dan akan dikonfigurasi mengikut fasiliti.

Hosting, backup dan tahap perkhidmatan dibincangkan untuk setiap pelaksanaan. Kami tidak menerbitkan dakwaan rantau hosting, SLA atau pensijilan di halaman ini.

Bahasa Malaysia dan English sepenuhnya, boleh ditukar bila-bila masa. Papan giliran TV mengumumkan panggilan dalam kedua-dua bahasa, dan label ubat boleh dicetak dalam BM, EN atau dwibahasa.

Terdapat 10 peranan — antaranya Pentadbir, Pengurus, Kaunter, Jururawat, Doktor, Ahli Farmasi, Business Office, Eksekutif Claim, Perolehan dan Rekod Perubatan — dengan 121 kawalan akses. Peranan tersuai boleh dicipta, dan kelulusan sensitif memerlukan orang kedua.

Ya, sebagai aplikasi web pada pelayar. Skrin NADI diuji pada desktop, tablet dan telefon. Tiada aplikasi mudah alih berasingan.

Cuba demo interaktif dan pilih peranan demo untuk melihat skrin dari sudut kerja anda. Kemudian tempah taklimat — kami akan memetakan modul mengikut fasiliti anda.

Rasai denyutnya sendiri.

Buka demo interaktif, pilih peranan — doktor, juruwang, eksekutif claim — dan lalui aliran yang sama seperti pesakit anda.

Hubungi kami di +60 11-3309 6171 atau e-mel [email protected]

16 modul · 79 skrin · 10 peranan · 121 kawalan akses · 28 jenis laporan · 7 kaedah bayaran · BM/EN

Sistem Maklumat Hospital untuk hospital dan klinik swasta di Malaysia.

Demo menggunakan data contoh. Penyepaduan pihak ketiga (LHDN MyInvois, TPA/insurans, HL7) dalam pembangunan.

Syarikat

NADI ialah produk TECH LEAD MALAYSIA SDN BHD (202501036634 (1638044-D))
CWS 1-12, CoInnov8, Level 1, CoPlace 10, Block 2330, Jalan Usahawan, Cyber 6, 63000 Cyberjaya, Selangor
tech-lead.my · +60 11-3309 6171

© 2026 TECH LEAD MALAYSIA SDN BHD. Hak cipta terpelihara.nadi.tech-lead.my